KENINGAU : Perayaan Ekaristi bersempena dengan Pesta Pengangkatan Bonda Maria telah diadakan di sebuah gereja outstasi. Perayaan ini disempurnakan oleh Rev. Fr. Rudolf bertempat di Gereja St. Yohanes Penginjil Panui. Perayaan yang diadakan pada 15 Ogos 2017 ini dimeriahkan dengan kehadiran anggota Legion of Mary (LOM) dan umat sekitar KUK Panui di Zon Magatang.
Perayaan dimulakan dengan Doa Rosari yang dipimpin oleh anggota LOM pada jam 6.00 di hadapan grotto. Selepas Doa Rosari, perarakan mengangkat patung Bonda Maria masuk ke dalam gereja. Perarakan diiringi oleh para Flower Girls dan Flower Boys diikuti dengan ahli-ahli LOM yang membawa lilin.
Fr. Rudolf memberi pesan kepada umat di KUK Panui agar perayaan yang melibatkan tradisi gereja terus diamalkan. Pengangkatan Bonda Maria naik ke syurga merupakan salah satu tradisi gereja yang seharusnya dirayakan menandakan penghormatan dan kesyukuran terhadap Bonda Maria.